Thursday, November 25, 2010

Seminar Emas di Seremban 2

Salam...di sebabkan permintaan yang terlalu tinggi dan ada yang tak dapat datang minggu lepas di seminar peluang perniagaan emas di seremban 2 haritu....Tuan Pokli  akan adakan lagi seminar di Seremban 2 pada :

Bilik Seminar , Hotel S2, Seremban 2 (Belakang Jusco Seremban 2)
Ahad 28/11/2010 jam 8.30 malam








Berminat nak datang boleh register...
Untuk hadir, anda hanya perlu sms ke h/p  019-6645066 (Tuan Pokli) butiran-butiran berikut:
1. Nama penuh
2. Email
3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan tempat (HOTEL S2 )  boleh layari :

Laman Web Hotel S2

Bersama Membangun Ekonomi Islam

Sunday, November 21, 2010

Jualan Siswa Emas....

Area Sungai Petani dan Merbok Kedah

1 Dinar Dan 20 Gram Gold Bar Public Gold  

1 Dinar Public Gold.... Stok Tersedia....!!!!

Mai Mai Beli 20 Gram Bar Public Gold, Sementara Stok Masih Ada !!!!

Call 013-3420211  @ Siswa Emas (Agen Di Bawah Pokli PWM)

Wednesday, November 10, 2010

Kelantan Cadang Separuh Gaji ADUN Dalam DINAR

 Separuh daripada gaji ADUN Kelantan mungkin dibayar dalam bentuk dinar dan dirham, Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.



















Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pihaknya sedia untuk memanjangkan cadangan itu kepada Jabatan Perbendaharaan Negeri untuk diperhalusi.

"Kita cadang bawa perkara ini kepada pertimbangan kerajaan negeri dan juga Jabatan Perbendaharaan Negeri.

"Jika tiada apa halangan, kita mungkin akan melaksanakan separuh bayaran gaji kepada wakil rakyat dalam bentuk dinar dan dirham," katanya menjawab soalan Arifabillah Ibrahim (PAS-Dabong).

Beliau bagaimanapun berkata cadangan pembayaran separuh bayaran gaji dengan menggunakan dinar dan dirham bergantung kepada pilihan para Adun sendiri.

"Atas pilihan masing-masing, kita boleh bayar menggunakan mata wang itu kepada mereka yang setuju, tetapi bagi yang tidak setuju, kita boleh terus bayar dengan duit kertas," kata Husam.





Dipetik Dari Website Malaysiakini.com/news/147680

Tuesday, November 9, 2010

Harga Emas Meningkat Lagi !!!!


Ini adalah gambar harga Dinar Public Gold pada 22/10/2010 dan 09/11/2010. Peningkatan harga bagi 1 Dinar Public Gold selama 19 hari adalah RM 39. Peratus kenaikan selama 19 hari adalah 5.9%. Jika saya mengambil rujukan pada masa yang lebih lama sebelum ini semestinya peratus itu lebih tinggi !!! 

Tukarkanlah wang fiat  ( mata wang yang tidak bersandarkan emas atau perak) kepada emas atau perak sekarang kerana harga emas dan perak sentiasa mempunyai peningkatan.

Friday, November 5, 2010

Perak Akan Memperkenalkan Dinar & Dirham

Negeri Perak

Perak akan menjadi negeri kedua di negara ini menyediakan dinar emas dan dirham perak yang bertujuan mempelbagaikan penyimpanan kewangan rakyat. Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (gambar fail) berkata penyediaan matawang tersebut akan dilakukan dan perbincangan mengenainya telah pun dibuat dua tahun lalu.

“Kita juga dalam proses untuk mengeluarkan (matawang) itu, supaya boleh menjadi satu asas untuk simpanan rakyat,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Persidangan Riba Sedunia di sini hari ini.
Beliau berkata penyediaan sepenuhnya matawang tersebut akan dibuat sebaik semua proses dari segi rakabentuk dan sebagainya siap.
Proses menempa rekabentuk awal matawang tersebut telah dibuat di sebuah syarikat di negeri itu, katanya.

Ditanya sama ada penyediaannya akan mengikut model yang diperkenalkan di Kelantan pada 12 Ogos lepas, Zambry berkata negeri itu akan menggunakan pendekatan yang berlainan.
“Sebenarnya kita yang memulakan dahulu dari segi perbincangan dan juga proses, tetapi Kelantan telah memperkenalkannya terlebih dahulu, tetapi apa jua kerja baik tak apalah, mungkin kita akan gunakan pendekatan-pendekatan yang lain,” katanya.
Namun Zambry berkata pelaksanaannya tertakluk kepada undang-undang dan peraturan negara dan Bank Negara.

“Apa-apa pun yang kita buat jangan sampai bercanggah dengan undang-undang dan peraturan,” katanya.
Terdahulu ketika berucap menutup persidangan itu, beliau berkata Perak telah mengiktiraf bahawa emas merupakan satu simpanan nilai yang baik.
Beliau percaya bahawa oleh kerana emas telah memainkan peranan sebagai wang di seluruh dunia, nilainya dijangka meningkat ketika ada krisis.

“Dengan membuat simpanan mereka dalam emas dan perak, orang ramai boleh melindungi nilai simpanannya daripada susut nilai.” – Bernama


sumber: http://www.kl-today.com/?p=5655

Penutupan Sementara Memesan Emas di Public Gold