Tuesday, January 8, 2013

Wednesday, July 27, 2011

Perbedaan Pendapat Itu.....Cetusan Idea...:)

Assalamualaikum semua.....harap peminat emas dan perak semuanya sihat dan maju jaya dalam bisnes ini....Alhamdullillah...permintaan terhadap komoditi emas dan perak amat menggalakkan....Lepas  ni mungkin akan keluar lagi dalam media....mengatakan harga komoditi emas akan naik lagi kerana hari ini harga emas sekali mencapai lebih dari 1620 USD per OZ.

Kitco 27 July 2011
MT4
Ada orang call admin dan bertanyakan pasal dinar dan dirham kelantan. Berapa dirham yang ada, dan berapa jenis dinar KGT yang ada di pasaran. Jadi di bawah admin tunjukkan jenis dirham(Perak) dan dinar(Emas) Kelantan Gold Trade :

Spesifikasi Dinar Emas KGT (Kelantan Gold Trade)
Spesifikasi Dirham Perak KGT (Kelantan Gold Trade)

Ada juga yang bertanyakan tentang emas dan akaun KFH (Kuwait Finance House). 

Cerita Akaun Simpanan KFH (Kuwait Finance House) bersama Syukor Hasyim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bertenaga semuanya :) Saya kat sini Alhamdulillah..sihat dan ceria sahaja. Sekarang saya agak sibuk  menulis buku mengenai pelaburan emas. Saya berharap buku ini akan menjadi panduan yang lebih lengkap dan mantap bagi mereka yang ingin mengetahui rahsia membuat pelaburan emas dan rahsia berniaga emas. InsyaAllah Baiklah, untuk posting kali ini saya akan berkongsi tentang akaun simpanan emas Kuwait Finance House Gold Account (KFH Gold Account-i) serta pengalaman saya membuka akaun simpanan ini.

Untuk pengetahuan anda Kuwait Finance House Malaysia (KFH)  adalah bank yang menawarkan perbankan Islam.  KFH menawarkan produk-produk perbankan yang berlandaskan syariah. Antaranya ialah akaun simpanan emas-i, akaun simpanan-i, akaun simpanan sementara-i, akaun pelaburan-i, pinjaman perumahan-i, pinjaman kereta-i dan pinjaman peribadi-i. Anda boleh check kat sini untuk melihat produk-produk mereka:
http://www.kfhonline.com.my/kfhmb/ep/home.do?tabId=1

Akaun simpanan emas yang ditawarkan oleh KFH dinamakan Kuwait Finance House Gold Account (singkatan – KFH Gold Account-i).  KFH Gold Account-i menawarkan emas fizikal kepada pelabur.
Dengan kata lain pelabur KFH Gold Account-i  boleh mengambil emas fizikal on the spot ataupun boleh menyerahkan semula emas fizikal tersebut kepada pihak bank untuk disimpan. Tiada cas simpanan dikenakan. Jadi, dengan adanya KFH Gold Account-i maka kini terdapat 4 buah bank di Malaysia yang menawarkan peluang pelaburan emas iaitu:

1. Maybank (syiling Kijang Emas dan Gold Saving Passbook Account)
2. Public Bank (Gold Investment Account)
3. UOB Bank (menjual emas fizikal)
3. Kuwait Finance House (KFH Gold Account-i)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai KFH Gold Account-i maka anda boleh membaca di website KFH disini (klik sini)

Jongkong Emas yang dijual oleh KFH.

KFH menawarkan jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi - daripada Turki.
 Jongkong emas ini memiliki ketulenan 995.0

Jadi ketulenan jongkong emas ini adalah lebih rendah berbanding jongkong-jongkong emas lain di Malaysia.

(p/s:  Contohnya jongkong PAMP Suisse, Poh Kong Bunga Raya atau Public Gold memiliki ketulenan 999.9)

 Harga emas harian KFH Gold Account-i boleh dilihat di dalam laman web KFH.
 

Harga Emas KFH Gold Account-i


Daripada harga emas tersebut didapati spread diantara harga belian dan jualan adalah RM6 segram.
Selain daripada melihat harga emas, KFH turut meletakkan jadual waktu sembahyang bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya :) 

Hehehehe… selain asyik tengok harga emas, diorang nak suruh kita tengok waktu sembahyang jugak :D 


Syarat-syarat membuka akaun KFH Gold Account-i.

Untuk pengetahuan anda semua, saya telah membuka akaun KFH Gold Account-i di KFH cawangan Kuala Lumpur di Etiqa Twins, Jalan Pinang, KL.  Hehehe.. excited nak mencuba.
So saya nak share dengan anda semua pengalaman ini.

Kebetulan waktu saya sampai kesana, saya sorang ajer customernyer.. so terus dapat layanan dari Pegawai KFH. Mula-mula kena apply untuk bukak akaun saving. Lepas tu baru apply akaun KFH Gold Investment-i

isi_borang

Bagi akaun individu, anda boleh membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram emas.
Anda boleh ambil jongkong emas tersebut kalau mahu tetapi perlu menyimpan minima 2 gram emas di dalam akaun.
(contoh: kalau buka akaun dengan minima 10 gram maka anda boleh keluarkan jongkong emas sebanyak 8 gram sahaja)

Kalau nak tambah lagi pelaburan, anda perlu membeli minimum 5 gram. Kalau nak jual emas tersebut, anda hanya perlu bawa emas atau statement akaun ke KFH dan jual emas tersebut mengikut harga belian semasa.
Semasa membuka akaun tersebut saya telah meminta untuk mendapat emas fizikal. Jadi saya diberikan 8 gram jongkong emas (5 gram sekeping dan 1 gram x 3 keping)

8_gram_emas
Ini emas fizikal KFA Gold Account-i (5g x 1 pcs, 1g x 3 pcs)

Penting! Syarat-syarat tambahan KFH Gold Account-i.

Memandangkan jongkong emas yang diberi oleh KFH itu telah di laminate dan tidak boleh dibuka, saya bertanya kepada pegawai KFH samada saya boleh buka sarung laminate emas ini untuk digadaikan ( in case nak rolling duit) Malangnya saya dimaklumkan bahawa untuk menjual balik jongkong emas ini terdapat beberapa syarat yang dikenakan oleh KFH diantaranya:

1. Sarung plastik jongkong emas ini tidak boleh dibuka
2. Sarungnya tidak boleh calar
3. Sarung plastik emas ini tidak boleh bengkok 

Jika berlaku situasi diatas maka emas ini tidak akan diterima terus oleh KFH. Pergh… agak malang kerana kita tidak boleh membuat teknik manipulasi emas (seperti teknik Ar-Rahnu untuk mendapat wang daripada emas fizikal). Jadi, jika anda membuka KFH Gold Account-i, maka anda cuma boleh mendapat keuntungan dengan membeli ketika harga rendah dan menjual semula apabila harga emas naik. Walaupun saya mendapat emas fizikal, namun tak berapa excited sebab tak boleh nak buka sarung tu.. so confirm tak boleh nak pergi ke Ar-Rahnu jika nak pakai cash :( 

Cawangan-cawangan Kuwait Finance House Malaysia (KFH).

Jika anda berminat untuk membuka KFH Gold Account-i, maka anda boleh membuka akaun tersebut di semua cawangan KFH di seluruh Malaysia. Buat masa ini KFH mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bharu, Penang, Kelang dan Kuching sahaja. (Klik sini)

So bagi mereka yang tinggal di negeri lain maka susah lah sikit.
Daripada kajian saya, maka saya boleh membuat rumusan berikut.

smiley_good2
Kelebihan KFH Gold Account-i.
1. Produk yang patuh syariah kerana menawarkan emas fizikal kepada pelanggan
2. Harga yang kompetitif (kerana menggunakan emas 995.0)
3. Proses membuka akaun yang mudah dan cepat.
4. Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.


thumb_down
Kekurangan KFH Gold Account-i
1. Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya
    mempunyai ketulenan 999.9 .
2. Spread RM5 (sederhana tinggi)
3. Cawangan yang terhad
4. Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
5. Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
6. Tak boleh digadaikan kerana emas di laminate, jadi anda tak boleh
    membawa emas tersebut ke Ar-Rahnu jika memerlukan wang.

p.s Jika anda mahu menggunakan teknik Ar-Rahnu bagi menjana keuntungan
    maka anda perlu membeli emas fizikal yang tidak dilaminate contohnya
    UOB gold coin, Syiling Kijang Emas dan emas Public Gold dan Public Dinar.

Kesimpulannya

First sekali, tahniah saya ucapkan kepada Kuwait Finance House kerana menawarkan KFH Gold Account-i yang mematuhi kehendak syariah. Ia sedikit sebanyak memberikan alternatif kepada rakyat Malaysia untuk membuat pelaburan emas. Pelancaran produk KFH Gold Account-i ini telah memberikan gambaran yang jelas bahawa trend melabur di dalam emas telah mendapat perhatian institusi perbankan.

Saturday, July 23, 2011

Cerita 1 Dirham Kelantan (Kelantan Gold Trade)

Assalamualaikum buat semua peminat emas dan perak...:) Saya pasti semua peminat  emas dan perak amat gembira dengan peningkatan harga emas dan perak (emas yang sudah stabil pada paras harga 1600 ++ USD per OZ dan perak dalam lingkungan 39-40 USD per Oz). Bagi yang belum memulakan pelaburan, mulalah sekarang agar tidak terlambat:)

Pernah dulu saya ketawakan bila masa ada orang cakap 1 Dinar mampu mencapai RM700. Tapi sekarang, bila memikirkannya sekarang....saya tersenyum kembali kerana waktu itu harga dinar hanyalah RM600. Alhamdullillah...dapat melihat pelaburan emas saya meningkat.

Namun, dalam pada pelaburan saya tertumpu pada emas...saya kian sedar dirham juga menguntungkan dan amat berbaloi untuk dibuat pelaburan. Saya bermula dengan 80 keping dirham KGT dan dalam masa tidak sampai 4 5 bulan stok dirham saya habis dan ramai yang menghubungi untuk membeli.




Sekarang dirham kelantan berharga RM 25. Bagi sesiapa yang berminat untuk memulakan pelaburan..bolehlah mencuba membeli dirham kelantan. Bagi yang ingin membeli dan melihat harga semasa boleh lah melihat di laman World Islamic Mint.

Set Baru Barang Kemas Dari Public Gold


Purity: 22K Gold (Au 916)
New Pricing on Public Dinar Website.
Berminat? Dapatkan maklumat sekarang.... 013-3420211 :) 

Saturday, June 25, 2011

Kembali.....Ber"EMAS" !!!

Assalamualaikum semua....harap peniaga-peniaga emas semua ceria cause harga emas jatuh....boleh reload stock...lama admin senyap cause bulan lepas adalah bulan final exam bagi admin (Sem 4)....Sekarang admin rasa adalah masa yang baik untuk sesiapa yang ingin membeli emas sebab harga emas jatuh....Hari pada khamis admin mendapat tempahan dari seseorang ingin membeli 5 Dinar...dan hari berpeluang beli buy back 4 x 1 Dinar.....3 keping 1 Dinar admin beli dari seorang pelanggan Kedai Dinar Emas dan tadi sewaktu ingin mengambil 5 Dinar di Public Gold Sungai Petani, dapat lagi beli 1 Dinar.....Alhamdullillah,.....:)


5 Dinar PG

5 Dinar PG


5 Dinar, 10g, & 20g Gold Bar PG

Tempahan Untuk Peminat Emas khas Dari Kedai Dinar Emas :)


Sesiapa yang ingin membeli emas atau perak, bolehlah menghubungi admin di 0133420211 atau email di siswaemas@gmail.com ......Insyallah kita kongsi sama-sama tentang pelaburan emas dan perak ni....:)

Friday, May 6, 2011

Kawalan Emosi Dalam Pelaburan

 Kawalan Emosi Dalam Pelaburan 

OK, saya nak share tentang kawalan emosi semasa kita melabur. kawalan emosi adalah sangat penting...seperti yang pernah dikatakan olen Warran Buffet " if you cannot control your emotions, you cannot control your money". Awal minggu ini ramai yang telah membuat lock emas dan perak disebabkan penurunan harga comodities ini disebabkan oleh geopolitical issue (kematian Osama bin Laden) khususnya. Di dalam tabloid Wallstreet Journal sepanjang minggu ini sibuk memperkatakan tentang isu tersebut dan kesannya yang hanya melonjakkan US dollar untuk sementara waktu.

Dan semalam, harga comodities terus turun, dan banyak yang berkata RUGI kerana membuat belian di awal minggu. Jangan lah kita merasa rugi. Setiap pelaburan itu pastinya ada untung dan rugi. Jangan kita menilai dalam jangkawaktu yang pendek kita telah rugi. Kita hanya rugi dari segi jumlah pembelian, tetapi kita masih belum rugi kerana kita telah selamatkan duit kita dari dimakan inflasi. Janganlah baru 4 hari kita membeli emas dan perak, dan harganya turun dalam jangkamasa 4 hari ini dikatakan rugi, ini adalah persepsi yang salah.

Flactuation on price tetap akan berlaku, mana ada satu pun pelaburan di dalam dunia ini yang hanya menunjukkan kenaikan sahaja, MUSTAHIL!! Comodities sangat sensitif dengan isu2 semasa, lantaran pemahaman tentang perkembangan isu semasa adalah sangat penting. Janganlah kita merasa rugi, disebabkan kejatuhan harga dalam jangkawaktu yang pendek. Insyallah dengan impak dari isu semasa yang melanda dunia ini hanyalah bersifat sementara. Jika kita sudah membeli pada harga yang tinggi, sekiranya ada modal lagi kita beli lagi di waktu rendah...amalkan dollar cost averaging. Ini akan mengurangkan harga tinggi yang anda beli sebelum ini.

Kepada anda yang masih belum melabur dalam emas dan perak, anda adalah orang yang boleh dikatakan sebagai RUGI!selak surat khabar minggu lepas, cari berapakah peratusan inflasi dalam suku tahun pertama. Wang kertas anda akan dihakis oleh inflasi sekiranya anda tidak tukarkan dengan emas dan perak. Bak kata orang putih "when inflation occurs, gold prevails"....

Kepada yang nak mula menceburkan diri dalam pelaburan emas dan perak, masih belum terlambat untuk mula. Better be late than nothing. Hubungi saya jika anda berminat!!!

kredit to :
my sifu > Pokli

Friday, April 29, 2011

15XX US Dollar Per Oz....:)

Assalamualaikum semua....apa khabar semua? Harap semua peminat emas dan perak dan semua rakan-rakan sihat sejahtera....Harga emas sekarang adalah 1531 US Dollar Per Oz... Satu peningkatan yang amat memberansangkan...Bulan ini silver lebih popular daripada emas kerna minggu ini admin mendapat order 2kg silver...Waktu hamba Allah tu beli 1kg Silver adalah RM5981(25 April 2011) dan waktu sekarang(29 April 2011) harganya sudah pun mencapai RM6169......Alhamdullilah dan terima kasih pada yang mempercayai dan memberi peluang pada admin untuk meneruskan perniagaan beli emas ni...Pada yang belum cuba atau masih ragu-ragu dengan pelaburan emas, cubalah....atau cubalah membeli dirham atau dinar....Admin doakan semoga penggunaan dinar dan dirham akan lebih meluas lagi...Amin...





Sesiapa yang ingin membeli emas atau perak, bolehlah memhubungi admin di 0133420211 atau email di siswaemas@gmail.com ......Insyallah kita kongsi sama-sama tentang pelaburan emas dan perak ni....:)

Monday, April 25, 2011

Secebis Fakta Tentang Emas....(The Star 24 April 2011)

Assalamualaikum semua, terima kasih kerna sudi menjenguk blog admin....:) Semalam surat khabar The Star telah menceritakan tentang EMAS a.k.a GOLD...:) Rasanya minggu ini emas banyak mendaki... Bagi sesiapa yang membeli Silver pada bulan lepas.....rasa admin dah untung 100%....Tahniah pada semua:) 

Penerangan tentang pelaburan emas dan perak di Malaysia....:)

Fakta tentang EMAS...:)

Kenaikan harga emas....Simpanlah emas dan perak sebagai satu pelaburan....:)

Thursday, April 21, 2011

Emas Melebihi 1500 US Dollar Per Oz!!!

Assalamualaikum buat semua....syukur dan terima kasih kerna sudi membaca post yang tidak seberapa ni. Harga emas mulai meningkat dan ia telah melepasi 1500 US Dollar Per Oz. Semakin hari, semakin ramai yang menyedari kepentingan emas dan perak. Pendapat admin, bagi ingin yang mencuba, boleh mencuba membeli perak. Perak juga menunjukkan peningkatan yang ketara. Contohnya, pada 11 April baru-baru ini admin berpeluang membeli 80 keping 1 Dirham Kelantan (KGT) pada harga RM 26.40. Sekarang, pada 21 April, harga 1 Dirham Kelantan telah  meningkat pada RM 30.00. Contoh kedua, baru-baru ini admin telah mendapat order dari seorang hamba Allah, beliau membeli 250g emas pada 16 April pada harga RM 40802 dan sekarang harga 250g emas pada 21 April adalah RM 41233. Konklusinya....membeli emas adalah satu pelaburan jangka masa panjang yang baik.


Harga Dinar dan Dirham Kelantan
'

21 April 2011 10.11AM


Emas..
Perak...
Pada sesiapa yang ingin mendapatkan emas....bolehlah call atau SMS pada 013-3420211, dan email di siswaemas@gmail.com.