Wednesday, December 22, 2010

Pengalaman Emas...


Assalamualaikum, lama dah tak menulis rasanya....untuk pengetahuan semua...saya baru balik dari seminar emas Tuan Jutawan Emas, Encik Syukor Hasyim....Alhamdullillah...banyak input emas yang bermanfaat dapat dipelajari...masuk ini, saya sudah menghadiri 3 seminar emas, pertama bersama Pokli di Seremban 2, Seminar di Kelana Jaya, dan Seminar Encik Syukor Hasyim..dan 1 majlis NDO(New Dealer Orientation)...Semua ini memberi banyak maklumat berguna tentang emas dan pelaburan emas. Sekarang saya juga sedang mempelajari Software Metatrader 4 untuk memudahkan saya membaca graf emas semasa.

Sekarang harga emas masih dikatakan pada harga yang rendah...selagi ia belum mencapai 1400 us dollar per oz. Memahami kepentingan emas amat penting kerana keadaan ekonomi yang tidak stabil dan inflasi di Malaysia puratanya lebih kurang 4% setiap tahun. Ini termasuk faktor kenaikkan harga barang dan barang mentah seperti minyak. Saya berharap sebagai seorang muslim, sedar bahawa emas bukan semata2 pada nama, namun ianya bernilai dan ia adalah kekayaan sebenar di dunia ini.

Sebagai seorang siswa, saya menyeru supaya bangsa siswa siswi mengambil tahu tentang matawang islam yang sebenar ini kerana inilah pelindung daripada inflasi semasa. Andai ada kawan atau sahabat handai yang bertanya pada saya, saya akan mencadangkan cuba dan mulalah menyimpan emas. Mulakan dengan 1 dinar. Pengalaman membeli satu dinar saya merupakan eksperimen pada diri dan kewangan saya sendiri. Saya berharap para siswa dan siswi sedar akan kepentingan emas dalam membina ekonomi dan kewangan berteraskan islam.....

Akhir kata dari saya@siswa emas.... mulalah membeli emas....dan andai ada yang ingin tahu...boleh email saya di siswaemas@gmail.com... 013-3420211

BELI EMAS = UNTUNG!
SIMPAN EMAS ? = UNTUNG!!!
PERNIAGAAN EMAS = UNTUNG!!! UNTUNG!!! UNTUNG!!! LAGI UNTUNG !!!

Saturday, December 11, 2010

Emas Lagi.....???

Assalamualaikum...dah lama rasa tak tulis blog cause baru lepas final exam...dalam pada sibuk final...sempat juga pergi ke Seminar di Kelana Jaya...Alhamdullillah...sedikit sebanyak dapat bertambah ilmu di dada ni... Andai ada orang yang baru untuk mengenali perniagaan emas, emas adalah satu anugerah perhiasan tuhan yang amat bernilai di bumi Allah ini. Nilainya semakin meningkat seiring dengan kejatuhan nilai U.S Dollar. Sejarah kenaikan harga emas selama 10 tahun adalah buktinya.
 
Peningkatan Harga Emas Tahun 2000-2010

Graf U.S Dollar melawan Emas
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada Seminar Emas.... adalah setiap orang perlu menyimpan emas bagi menjamin kewangan yang lebih stabil. Bagaimana membuat pelaburan emas? Pertama sekali, emas merupakan pelaburan terbaik jangkamasa sederhana dan panjang. Ini kerana harganya semakin meningkat setiap tahun. Emas Public Gold adalah salah satu emas yang mudah dan terbaik untuk dibuat pelaburan. Ini kerana, harga kenaikan setiap 20 minit, mudah nak lock, dan mempunyai pelbagai pilihan emas. Emas Public Gold juga diterima di Agro Bank untuk dipajak gadai (Ar-Rahnu). Jika anda beli emas untung.....Simpan emas untung....Jual??? Lagi untung.... :)

Pengalaman saya pertama kali membeli emas (1 Dinar Public Gold) di Kuala Lumpur dengan harga RM590 pada bulan 9. Tanpa saya sedar dengan kesibukkan kuliah di universiti harga emas telah meningkat dengan cepat. Dan sekarang, harga emas 1 Dinar Public Gold adalah RM653. Harganya emas menurun dan menaik..Tapi kalau kita ambil daripada satu pandangan jauh...harganya meningkat setiap tahun.... MENGUNTUNGKAN. Kemudian saya membeli 20gram Bar Public Gold pada harga RM3119 pada bulan 11 dan sekarang harganya RM3159. Banyak pakar ekonomi meramal matawang kertas akan REBAH. Di Malaysia sekalipun berlaku lebih kurang 4% inflasi....kerna kenaikkan harga barang. Paling menakjubkan harga kenaikan emas dapat disamakan dengan harga kenaikan barang.

1 Dinar Public Gold

20 gram Bar Public Gold

 Adakah wujud inflasi dalam sistem kewangan matawang Islam ini? Jawapannya TIDAK!!! Emas selama 1400 tahun masih sama.... 1 dinar pada zaman Rasulullah dapat membeli seekor kambing dan 1 dirham (perak) dapat membeli seekor ayam...dan pada masa sekarang? Masih sama....hebatnya hiasan ciptaan Allah S.W.T.......Saya berharap semua orang sedar akan kepentingan emas...dinar....dan juga perak.... Bersama menyokong matawang Islam sebenar....

Thursday, November 25, 2010

Seminar Emas di Seremban 2

Salam...di sebabkan permintaan yang terlalu tinggi dan ada yang tak dapat datang minggu lepas di seminar peluang perniagaan emas di seremban 2 haritu....Tuan Pokli  akan adakan lagi seminar di Seremban 2 pada :

Bilik Seminar , Hotel S2, Seremban 2 (Belakang Jusco Seremban 2)
Ahad 28/11/2010 jam 8.30 malam








Berminat nak datang boleh register...
Untuk hadir, anda hanya perlu sms ke h/p  019-6645066 (Tuan Pokli) butiran-butiran berikut:
1. Nama penuh
2. Email
3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan tempat (HOTEL S2 )  boleh layari :

Laman Web Hotel S2

Bersama Membangun Ekonomi Islam

Sunday, November 21, 2010

Jualan Siswa Emas....

Area Sungai Petani dan Merbok Kedah

1 Dinar Dan 20 Gram Gold Bar Public Gold  

1 Dinar Public Gold.... Stok Tersedia....!!!!

Mai Mai Beli 20 Gram Bar Public Gold, Sementara Stok Masih Ada !!!!

Call 013-3420211  @ Siswa Emas (Agen Di Bawah Pokli PWM)

Wednesday, November 10, 2010

Kelantan Cadang Separuh Gaji ADUN Dalam DINAR

 Separuh daripada gaji ADUN Kelantan mungkin dibayar dalam bentuk dinar dan dirham, Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.



















Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pihaknya sedia untuk memanjangkan cadangan itu kepada Jabatan Perbendaharaan Negeri untuk diperhalusi.

"Kita cadang bawa perkara ini kepada pertimbangan kerajaan negeri dan juga Jabatan Perbendaharaan Negeri.

"Jika tiada apa halangan, kita mungkin akan melaksanakan separuh bayaran gaji kepada wakil rakyat dalam bentuk dinar dan dirham," katanya menjawab soalan Arifabillah Ibrahim (PAS-Dabong).

Beliau bagaimanapun berkata cadangan pembayaran separuh bayaran gaji dengan menggunakan dinar dan dirham bergantung kepada pilihan para Adun sendiri.

"Atas pilihan masing-masing, kita boleh bayar menggunakan mata wang itu kepada mereka yang setuju, tetapi bagi yang tidak setuju, kita boleh terus bayar dengan duit kertas," kata Husam.





Dipetik Dari Website Malaysiakini.com/news/147680

Tuesday, November 9, 2010

Harga Emas Meningkat Lagi !!!!


Ini adalah gambar harga Dinar Public Gold pada 22/10/2010 dan 09/11/2010. Peningkatan harga bagi 1 Dinar Public Gold selama 19 hari adalah RM 39. Peratus kenaikan selama 19 hari adalah 5.9%. Jika saya mengambil rujukan pada masa yang lebih lama sebelum ini semestinya peratus itu lebih tinggi !!! 

Tukarkanlah wang fiat  ( mata wang yang tidak bersandarkan emas atau perak) kepada emas atau perak sekarang kerana harga emas dan perak sentiasa mempunyai peningkatan.

Friday, November 5, 2010

Perak Akan Memperkenalkan Dinar & Dirham

Negeri Perak

Perak akan menjadi negeri kedua di negara ini menyediakan dinar emas dan dirham perak yang bertujuan mempelbagaikan penyimpanan kewangan rakyat. Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (gambar fail) berkata penyediaan matawang tersebut akan dilakukan dan perbincangan mengenainya telah pun dibuat dua tahun lalu.

“Kita juga dalam proses untuk mengeluarkan (matawang) itu, supaya boleh menjadi satu asas untuk simpanan rakyat,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Persidangan Riba Sedunia di sini hari ini.
Beliau berkata penyediaan sepenuhnya matawang tersebut akan dibuat sebaik semua proses dari segi rakabentuk dan sebagainya siap.
Proses menempa rekabentuk awal matawang tersebut telah dibuat di sebuah syarikat di negeri itu, katanya.

Ditanya sama ada penyediaannya akan mengikut model yang diperkenalkan di Kelantan pada 12 Ogos lepas, Zambry berkata negeri itu akan menggunakan pendekatan yang berlainan.
“Sebenarnya kita yang memulakan dahulu dari segi perbincangan dan juga proses, tetapi Kelantan telah memperkenalkannya terlebih dahulu, tetapi apa jua kerja baik tak apalah, mungkin kita akan gunakan pendekatan-pendekatan yang lain,” katanya.
Namun Zambry berkata pelaksanaannya tertakluk kepada undang-undang dan peraturan negara dan Bank Negara.

“Apa-apa pun yang kita buat jangan sampai bercanggah dengan undang-undang dan peraturan,” katanya.
Terdahulu ketika berucap menutup persidangan itu, beliau berkata Perak telah mengiktiraf bahawa emas merupakan satu simpanan nilai yang baik.
Beliau percaya bahawa oleh kerana emas telah memainkan peranan sebagai wang di seluruh dunia, nilainya dijangka meningkat ketika ada krisis.

“Dengan membuat simpanan mereka dalam emas dan perak, orang ramai boleh melindungi nilai simpanannya daripada susut nilai.” – Bernama


sumber: http://www.kl-today.com/?p=5655

Penutupan Sementara Memesan Emas di Public Gold



Sunday, October 31, 2010

Hadis – Hadis Yang Berkaitan Dengan Emas


Di dalam Al- Quran
"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya".  (Surah Ali Imran : 75)


 "Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..." (Surah Yusuf:20)


 “Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal salih ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.”(Surah Al Hajj:23)





Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW:


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu.
 (Hadis)

Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu."
 (Hadis)






Emas Aset Yang Bernilai Hingga Ke Akhir Zaman


Emas merupakan satu bahan yang bernilai dan mempunyai banyak keistimewaan. Merujuk sahaja hadis di atas, itu sudah pun menunjukkan emas adalah satu aset yang mempunyai kepentingan dalam kewangan masa kini dan mampu untuk melindungi aset dari terus menurun nilainya. Andai ada yang bertanya, mengapa saya perlu menyimpan emas? Atau, mengapa saya perlu membeli emas. Jawapannya mudah, :
  •  Emas ialah kekayaan yang sebenarnya. Dalam erti kata lain emas adalah amat berharga, mempunyai aura yang tersendiri, tidak dapat dibinasakan, mudah membahagai kepada unit yang kecil dan sukar untuk diperolehi.
  •  Emas bernilai selamanya. Sebagai contoh, andai saya meletakkan 5 gram emas dalam bentuk dinar atau bar dan saya letakkan duit sama nilai dengan 5 gram emas, katakan RM 800, saya leburkan emas 5 gram, atau saya jadikan debu. EMAS TETAP BERNILAI. Lain pula dengan wang kertas, andai saya koyak. Ianya sama sekali tidak bernilai lagi. Di sini saya ingin membuktikan emas adalah kejayaan dan kekayaan hakiki.
  • Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang.

  Kenaikan Harga Emas Dalam Masa 10 Tahun 


  • Emas tidak dapat dimanipulasikan dengan mudah. Maksudnya di sini, emas sebagai satu benda yang berharga yang SUKAR DIPEROLEHI, EMAS PERLU DICARI, DI TULENKAN, DAN DIBENTUKKAN. Jadi dapat saya simpulkan di sini bahawa kuantiti emas tidak dapat bertambah dengan sewenang- wenangnya oleh mana-mana pihak. Inilah kuasa emas yang dapat mengekalkan nilainya. 

     EMAS SENTIASA BERNILAI DAN TIDAK DAPAT DIMANIPULASIKAN!!!

    Lain pula jika kita bandingkan dengan wat fiat. Wang fiat bermaksud, wang yang tidak bersandarkan pada emas mahupun perak. Kelemahan wang fiat adalah ia boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan ataupun pemerintah. Jika ianya tidak dikawal dan sentiasa dicetak, maka nilai wang itu pasti akan jatuh. Keadaan ini amat menyedihkan bagi rakyat. Contohnya, negara Zimbabwe. Kesan dari pada wang fiat yang dicetak secara tidak berhemah menjadikan negara itu mengalam inflasi yang begitu teruk.

     

    Makanan ringan mencecah 10 Juta-50 Juta Dolar Zimbabwe

    Membayar minuman???

    Kejatuhan nilai matawang yang amat teruk

    3 Biji Telur Bersamaan 100 Billion ????









Monday, October 25, 2010

Permulaan Satu Perjuangan...

Assalamualaikum kepada semua yang bertandang di laman kedai dinar emas....selamat berkenalan saya ucapkan....saya siswaemas@admin kepada blog kedai dinar emas adalah wakil pada ibu yang merupakan dealer rasmi Public Gold ( A 1462 ). Semoga laman ini dapat memberi kebaikan pada semua. Terima kasih...

Saturday, October 23, 2010

1 Dinar Public Gold Untuk Dijual









1 Dinar Public Gold Untuk Dimiliki 

Kepada yang berminat boleh call atau email: 

013-3420211 @ siswaemas@gmail.com

Harga mengikut Public Dinar website...

Area Nilai, Putrajaya, Kuala Lumpur & Sungai Petani...

Cepat sementara Harga Dinar Masih Rendah...