Assalamualaikum buat semua peminat emas dan perak...:) Saya pasti semua peminat emas dan perak amat gembira dengan peningkatan harga emas dan perak (emas yang sudah stabil pada paras harga 1600 ++ USD per OZ dan perak dalam lingkungan 39-40 USD per Oz). Bagi yang belum memulakan pelaburan, mulalah sekarang agar tidak terlambat:)
Pernah dulu saya ketawakan bila masa ada orang cakap 1 Dinar mampu mencapai RM700. Tapi sekarang, bila memikirkannya sekarang....saya tersenyum kembali kerana waktu itu harga dinar hanyalah RM600. Alhamdullillah...dapat melihat pelaburan emas saya meningkat.
Namun, dalam pada pelaburan saya tertumpu pada emas...saya kian sedar dirham juga menguntungkan dan amat berbaloi untuk dibuat pelaburan. Saya bermula dengan 80 keping dirham KGT dan dalam masa tidak sampai 4 5 bulan stok dirham saya habis dan ramai yang menghubungi untuk membeli.
Sekarang dirham kelantan berharga RM 25. Bagi sesiapa yang berminat untuk memulakan pelaburan..bolehlah mencuba membeli dirham kelantan. Bagi yang ingin membeli dan melihat harga semasa boleh lah melihat di laman World Islamic Mint.
No comments:
Post a Comment