Sunday, October 31, 2010

Hadis – Hadis Yang Berkaitan Dengan Emas


Di dalam Al- Quran
"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya".  (Surah Ali Imran : 75)


 "Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..." (Surah Yusuf:20)


 “Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal salih ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.”(Surah Al Hajj:23)





Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW:


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu.
 (Hadis)

Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu."
 (Hadis)






Emas Aset Yang Bernilai Hingga Ke Akhir Zaman


Emas merupakan satu bahan yang bernilai dan mempunyai banyak keistimewaan. Merujuk sahaja hadis di atas, itu sudah pun menunjukkan emas adalah satu aset yang mempunyai kepentingan dalam kewangan masa kini dan mampu untuk melindungi aset dari terus menurun nilainya. Andai ada yang bertanya, mengapa saya perlu menyimpan emas? Atau, mengapa saya perlu membeli emas. Jawapannya mudah, :
  •  Emas ialah kekayaan yang sebenarnya. Dalam erti kata lain emas adalah amat berharga, mempunyai aura yang tersendiri, tidak dapat dibinasakan, mudah membahagai kepada unit yang kecil dan sukar untuk diperolehi.
  •  Emas bernilai selamanya. Sebagai contoh, andai saya meletakkan 5 gram emas dalam bentuk dinar atau bar dan saya letakkan duit sama nilai dengan 5 gram emas, katakan RM 800, saya leburkan emas 5 gram, atau saya jadikan debu. EMAS TETAP BERNILAI. Lain pula dengan wang kertas, andai saya koyak. Ianya sama sekali tidak bernilai lagi. Di sini saya ingin membuktikan emas adalah kejayaan dan kekayaan hakiki.
  • Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang.

  Kenaikan Harga Emas Dalam Masa 10 Tahun 


  • Emas tidak dapat dimanipulasikan dengan mudah. Maksudnya di sini, emas sebagai satu benda yang berharga yang SUKAR DIPEROLEHI, EMAS PERLU DICARI, DI TULENKAN, DAN DIBENTUKKAN. Jadi dapat saya simpulkan di sini bahawa kuantiti emas tidak dapat bertambah dengan sewenang- wenangnya oleh mana-mana pihak. Inilah kuasa emas yang dapat mengekalkan nilainya. 

     EMAS SENTIASA BERNILAI DAN TIDAK DAPAT DIMANIPULASIKAN!!!

    Lain pula jika kita bandingkan dengan wat fiat. Wang fiat bermaksud, wang yang tidak bersandarkan pada emas mahupun perak. Kelemahan wang fiat adalah ia boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan ataupun pemerintah. Jika ianya tidak dikawal dan sentiasa dicetak, maka nilai wang itu pasti akan jatuh. Keadaan ini amat menyedihkan bagi rakyat. Contohnya, negara Zimbabwe. Kesan dari pada wang fiat yang dicetak secara tidak berhemah menjadikan negara itu mengalam inflasi yang begitu teruk.

     

    Makanan ringan mencecah 10 Juta-50 Juta Dolar Zimbabwe

    Membayar minuman???

    Kejatuhan nilai matawang yang amat teruk

    3 Biji Telur Bersamaan 100 Billion ????









Monday, October 25, 2010

Permulaan Satu Perjuangan...

Assalamualaikum kepada semua yang bertandang di laman kedai dinar emas....selamat berkenalan saya ucapkan....saya siswaemas@admin kepada blog kedai dinar emas adalah wakil pada ibu yang merupakan dealer rasmi Public Gold ( A 1462 ). Semoga laman ini dapat memberi kebaikan pada semua. Terima kasih...

Saturday, October 23, 2010

1 Dinar Public Gold Untuk Dijual









1 Dinar Public Gold Untuk Dimiliki 

Kepada yang berminat boleh call atau email: 

013-3420211 @ siswaemas@gmail.com

Harga mengikut Public Dinar website...

Area Nilai, Putrajaya, Kuala Lumpur & Sungai Petani...

Cepat sementara Harga Dinar Masih Rendah...