Sunday, October 31, 2010

Emas Aset Yang Bernilai Hingga Ke Akhir Zaman


Emas merupakan satu bahan yang bernilai dan mempunyai banyak keistimewaan. Merujuk sahaja hadis di atas, itu sudah pun menunjukkan emas adalah satu aset yang mempunyai kepentingan dalam kewangan masa kini dan mampu untuk melindungi aset dari terus menurun nilainya. Andai ada yang bertanya, mengapa saya perlu menyimpan emas? Atau, mengapa saya perlu membeli emas. Jawapannya mudah, :
  •  Emas ialah kekayaan yang sebenarnya. Dalam erti kata lain emas adalah amat berharga, mempunyai aura yang tersendiri, tidak dapat dibinasakan, mudah membahagai kepada unit yang kecil dan sukar untuk diperolehi.
  •  Emas bernilai selamanya. Sebagai contoh, andai saya meletakkan 5 gram emas dalam bentuk dinar atau bar dan saya letakkan duit sama nilai dengan 5 gram emas, katakan RM 800, saya leburkan emas 5 gram, atau saya jadikan debu. EMAS TETAP BERNILAI. Lain pula dengan wang kertas, andai saya koyak. Ianya sama sekali tidak bernilai lagi. Di sini saya ingin membuktikan emas adalah kejayaan dan kekayaan hakiki.
  • Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang.

  Kenaikan Harga Emas Dalam Masa 10 Tahun 


  • Emas tidak dapat dimanipulasikan dengan mudah. Maksudnya di sini, emas sebagai satu benda yang berharga yang SUKAR DIPEROLEHI, EMAS PERLU DICARI, DI TULENKAN, DAN DIBENTUKKAN. Jadi dapat saya simpulkan di sini bahawa kuantiti emas tidak dapat bertambah dengan sewenang- wenangnya oleh mana-mana pihak. Inilah kuasa emas yang dapat mengekalkan nilainya. 

     EMAS SENTIASA BERNILAI DAN TIDAK DAPAT DIMANIPULASIKAN!!!

    Lain pula jika kita bandingkan dengan wat fiat. Wang fiat bermaksud, wang yang tidak bersandarkan pada emas mahupun perak. Kelemahan wang fiat adalah ia boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan ataupun pemerintah. Jika ianya tidak dikawal dan sentiasa dicetak, maka nilai wang itu pasti akan jatuh. Keadaan ini amat menyedihkan bagi rakyat. Contohnya, negara Zimbabwe. Kesan dari pada wang fiat yang dicetak secara tidak berhemah menjadikan negara itu mengalam inflasi yang begitu teruk.

     

    Makanan ringan mencecah 10 Juta-50 Juta Dolar Zimbabwe

    Membayar minuman???

    Kejatuhan nilai matawang yang amat teruk

    3 Biji Telur Bersamaan 100 Billion ????









No comments:

Post a Comment