Wednesday, July 27, 2011

Perbedaan Pendapat Itu.....Cetusan Idea...:)

Assalamualaikum semua.....harap peminat emas dan perak semuanya sihat dan maju jaya dalam bisnes ini....Alhamdullillah...permintaan terhadap komoditi emas dan perak amat menggalakkan....Lepas  ni mungkin akan keluar lagi dalam media....mengatakan harga komoditi emas akan naik lagi kerana hari ini harga emas sekali mencapai lebih dari 1620 USD per OZ.

Kitco 27 July 2011
MT4
Ada orang call admin dan bertanyakan pasal dinar dan dirham kelantan. Berapa dirham yang ada, dan berapa jenis dinar KGT yang ada di pasaran. Jadi di bawah admin tunjukkan jenis dirham(Perak) dan dinar(Emas) Kelantan Gold Trade :

Spesifikasi Dinar Emas KGT (Kelantan Gold Trade)
Spesifikasi Dirham Perak KGT (Kelantan Gold Trade)

Ada juga yang bertanyakan tentang emas dan akaun KFH (Kuwait Finance House). 

Cerita Akaun Simpanan KFH (Kuwait Finance House) bersama Syukor Hasyim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bertenaga semuanya :) Saya kat sini Alhamdulillah..sihat dan ceria sahaja. Sekarang saya agak sibuk  menulis buku mengenai pelaburan emas. Saya berharap buku ini akan menjadi panduan yang lebih lengkap dan mantap bagi mereka yang ingin mengetahui rahsia membuat pelaburan emas dan rahsia berniaga emas. InsyaAllah Baiklah, untuk posting kali ini saya akan berkongsi tentang akaun simpanan emas Kuwait Finance House Gold Account (KFH Gold Account-i) serta pengalaman saya membuka akaun simpanan ini.

Untuk pengetahuan anda Kuwait Finance House Malaysia (KFH)  adalah bank yang menawarkan perbankan Islam.  KFH menawarkan produk-produk perbankan yang berlandaskan syariah. Antaranya ialah akaun simpanan emas-i, akaun simpanan-i, akaun simpanan sementara-i, akaun pelaburan-i, pinjaman perumahan-i, pinjaman kereta-i dan pinjaman peribadi-i. Anda boleh check kat sini untuk melihat produk-produk mereka:
http://www.kfhonline.com.my/kfhmb/ep/home.do?tabId=1

Akaun simpanan emas yang ditawarkan oleh KFH dinamakan Kuwait Finance House Gold Account (singkatan – KFH Gold Account-i).  KFH Gold Account-i menawarkan emas fizikal kepada pelabur.
Dengan kata lain pelabur KFH Gold Account-i  boleh mengambil emas fizikal on the spot ataupun boleh menyerahkan semula emas fizikal tersebut kepada pihak bank untuk disimpan. Tiada cas simpanan dikenakan. Jadi, dengan adanya KFH Gold Account-i maka kini terdapat 4 buah bank di Malaysia yang menawarkan peluang pelaburan emas iaitu:

1. Maybank (syiling Kijang Emas dan Gold Saving Passbook Account)
2. Public Bank (Gold Investment Account)
3. UOB Bank (menjual emas fizikal)
3. Kuwait Finance House (KFH Gold Account-i)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai KFH Gold Account-i maka anda boleh membaca di website KFH disini (klik sini)

Jongkong Emas yang dijual oleh KFH.

KFH menawarkan jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi - daripada Turki.
 Jongkong emas ini memiliki ketulenan 995.0

Jadi ketulenan jongkong emas ini adalah lebih rendah berbanding jongkong-jongkong emas lain di Malaysia.

(p/s:  Contohnya jongkong PAMP Suisse, Poh Kong Bunga Raya atau Public Gold memiliki ketulenan 999.9)

 Harga emas harian KFH Gold Account-i boleh dilihat di dalam laman web KFH.
 

Harga Emas KFH Gold Account-i


Daripada harga emas tersebut didapati spread diantara harga belian dan jualan adalah RM6 segram.
Selain daripada melihat harga emas, KFH turut meletakkan jadual waktu sembahyang bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya :) 

Hehehehe… selain asyik tengok harga emas, diorang nak suruh kita tengok waktu sembahyang jugak :D 


Syarat-syarat membuka akaun KFH Gold Account-i.

Untuk pengetahuan anda semua, saya telah membuka akaun KFH Gold Account-i di KFH cawangan Kuala Lumpur di Etiqa Twins, Jalan Pinang, KL.  Hehehe.. excited nak mencuba.
So saya nak share dengan anda semua pengalaman ini.

Kebetulan waktu saya sampai kesana, saya sorang ajer customernyer.. so terus dapat layanan dari Pegawai KFH. Mula-mula kena apply untuk bukak akaun saving. Lepas tu baru apply akaun KFH Gold Investment-i

isi_borang

Bagi akaun individu, anda boleh membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram emas.
Anda boleh ambil jongkong emas tersebut kalau mahu tetapi perlu menyimpan minima 2 gram emas di dalam akaun.
(contoh: kalau buka akaun dengan minima 10 gram maka anda boleh keluarkan jongkong emas sebanyak 8 gram sahaja)

Kalau nak tambah lagi pelaburan, anda perlu membeli minimum 5 gram. Kalau nak jual emas tersebut, anda hanya perlu bawa emas atau statement akaun ke KFH dan jual emas tersebut mengikut harga belian semasa.
Semasa membuka akaun tersebut saya telah meminta untuk mendapat emas fizikal. Jadi saya diberikan 8 gram jongkong emas (5 gram sekeping dan 1 gram x 3 keping)

8_gram_emas
Ini emas fizikal KFA Gold Account-i (5g x 1 pcs, 1g x 3 pcs)

Penting! Syarat-syarat tambahan KFH Gold Account-i.

Memandangkan jongkong emas yang diberi oleh KFH itu telah di laminate dan tidak boleh dibuka, saya bertanya kepada pegawai KFH samada saya boleh buka sarung laminate emas ini untuk digadaikan ( in case nak rolling duit) Malangnya saya dimaklumkan bahawa untuk menjual balik jongkong emas ini terdapat beberapa syarat yang dikenakan oleh KFH diantaranya:

1. Sarung plastik jongkong emas ini tidak boleh dibuka
2. Sarungnya tidak boleh calar
3. Sarung plastik emas ini tidak boleh bengkok 

Jika berlaku situasi diatas maka emas ini tidak akan diterima terus oleh KFH. Pergh… agak malang kerana kita tidak boleh membuat teknik manipulasi emas (seperti teknik Ar-Rahnu untuk mendapat wang daripada emas fizikal). Jadi, jika anda membuka KFH Gold Account-i, maka anda cuma boleh mendapat keuntungan dengan membeli ketika harga rendah dan menjual semula apabila harga emas naik. Walaupun saya mendapat emas fizikal, namun tak berapa excited sebab tak boleh nak buka sarung tu.. so confirm tak boleh nak pergi ke Ar-Rahnu jika nak pakai cash :( 

Cawangan-cawangan Kuwait Finance House Malaysia (KFH).

Jika anda berminat untuk membuka KFH Gold Account-i, maka anda boleh membuka akaun tersebut di semua cawangan KFH di seluruh Malaysia. Buat masa ini KFH mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bharu, Penang, Kelang dan Kuching sahaja. (Klik sini)

So bagi mereka yang tinggal di negeri lain maka susah lah sikit.
Daripada kajian saya, maka saya boleh membuat rumusan berikut.

smiley_good2
Kelebihan KFH Gold Account-i.
1. Produk yang patuh syariah kerana menawarkan emas fizikal kepada pelanggan
2. Harga yang kompetitif (kerana menggunakan emas 995.0)
3. Proses membuka akaun yang mudah dan cepat.
4. Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.


thumb_down
Kekurangan KFH Gold Account-i
1. Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya
    mempunyai ketulenan 999.9 .
2. Spread RM5 (sederhana tinggi)
3. Cawangan yang terhad
4. Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
5. Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
6. Tak boleh digadaikan kerana emas di laminate, jadi anda tak boleh
    membawa emas tersebut ke Ar-Rahnu jika memerlukan wang.

p.s Jika anda mahu menggunakan teknik Ar-Rahnu bagi menjana keuntungan
    maka anda perlu membeli emas fizikal yang tidak dilaminate contohnya
    UOB gold coin, Syiling Kijang Emas dan emas Public Gold dan Public Dinar.

Kesimpulannya

First sekali, tahniah saya ucapkan kepada Kuwait Finance House kerana menawarkan KFH Gold Account-i yang mematuhi kehendak syariah. Ia sedikit sebanyak memberikan alternatif kepada rakyat Malaysia untuk membuat pelaburan emas. Pelancaran produk KFH Gold Account-i ini telah memberikan gambaran yang jelas bahawa trend melabur di dalam emas telah mendapat perhatian institusi perbankan.

Saturday, July 23, 2011

Cerita 1 Dirham Kelantan (Kelantan Gold Trade)

Assalamualaikum buat semua peminat emas dan perak...:) Saya pasti semua peminat  emas dan perak amat gembira dengan peningkatan harga emas dan perak (emas yang sudah stabil pada paras harga 1600 ++ USD per OZ dan perak dalam lingkungan 39-40 USD per Oz). Bagi yang belum memulakan pelaburan, mulalah sekarang agar tidak terlambat:)

Pernah dulu saya ketawakan bila masa ada orang cakap 1 Dinar mampu mencapai RM700. Tapi sekarang, bila memikirkannya sekarang....saya tersenyum kembali kerana waktu itu harga dinar hanyalah RM600. Alhamdullillah...dapat melihat pelaburan emas saya meningkat.

Namun, dalam pada pelaburan saya tertumpu pada emas...saya kian sedar dirham juga menguntungkan dan amat berbaloi untuk dibuat pelaburan. Saya bermula dengan 80 keping dirham KGT dan dalam masa tidak sampai 4 5 bulan stok dirham saya habis dan ramai yang menghubungi untuk membeli.




Sekarang dirham kelantan berharga RM 25. Bagi sesiapa yang berminat untuk memulakan pelaburan..bolehlah mencuba membeli dirham kelantan. Bagi yang ingin membeli dan melihat harga semasa boleh lah melihat di laman World Islamic Mint.

Set Baru Barang Kemas Dari Public Gold


Purity: 22K Gold (Au 916)
New Pricing on Public Dinar Website.
Berminat? Dapatkan maklumat sekarang.... 013-3420211 :) 

Saturday, June 25, 2011

Kembali.....Ber"EMAS" !!!

Assalamualaikum semua....harap peniaga-peniaga emas semua ceria cause harga emas jatuh....boleh reload stock...lama admin senyap cause bulan lepas adalah bulan final exam bagi admin (Sem 4)....Sekarang admin rasa adalah masa yang baik untuk sesiapa yang ingin membeli emas sebab harga emas jatuh....Hari pada khamis admin mendapat tempahan dari seseorang ingin membeli 5 Dinar...dan hari berpeluang beli buy back 4 x 1 Dinar.....3 keping 1 Dinar admin beli dari seorang pelanggan Kedai Dinar Emas dan tadi sewaktu ingin mengambil 5 Dinar di Public Gold Sungai Petani, dapat lagi beli 1 Dinar.....Alhamdullillah,.....:)


5 Dinar PG

5 Dinar PG


5 Dinar, 10g, & 20g Gold Bar PG

Tempahan Untuk Peminat Emas khas Dari Kedai Dinar Emas :)


Sesiapa yang ingin membeli emas atau perak, bolehlah menghubungi admin di 0133420211 atau email di siswaemas@gmail.com ......Insyallah kita kongsi sama-sama tentang pelaburan emas dan perak ni....:)

Friday, May 6, 2011

Kawalan Emosi Dalam Pelaburan

 Kawalan Emosi Dalam Pelaburan 

OK, saya nak share tentang kawalan emosi semasa kita melabur. kawalan emosi adalah sangat penting...seperti yang pernah dikatakan olen Warran Buffet " if you cannot control your emotions, you cannot control your money". Awal minggu ini ramai yang telah membuat lock emas dan perak disebabkan penurunan harga comodities ini disebabkan oleh geopolitical issue (kematian Osama bin Laden) khususnya. Di dalam tabloid Wallstreet Journal sepanjang minggu ini sibuk memperkatakan tentang isu tersebut dan kesannya yang hanya melonjakkan US dollar untuk sementara waktu.

Dan semalam, harga comodities terus turun, dan banyak yang berkata RUGI kerana membuat belian di awal minggu. Jangan lah kita merasa rugi. Setiap pelaburan itu pastinya ada untung dan rugi. Jangan kita menilai dalam jangkawaktu yang pendek kita telah rugi. Kita hanya rugi dari segi jumlah pembelian, tetapi kita masih belum rugi kerana kita telah selamatkan duit kita dari dimakan inflasi. Janganlah baru 4 hari kita membeli emas dan perak, dan harganya turun dalam jangkamasa 4 hari ini dikatakan rugi, ini adalah persepsi yang salah.

Flactuation on price tetap akan berlaku, mana ada satu pun pelaburan di dalam dunia ini yang hanya menunjukkan kenaikan sahaja, MUSTAHIL!! Comodities sangat sensitif dengan isu2 semasa, lantaran pemahaman tentang perkembangan isu semasa adalah sangat penting. Janganlah kita merasa rugi, disebabkan kejatuhan harga dalam jangkawaktu yang pendek. Insyallah dengan impak dari isu semasa yang melanda dunia ini hanyalah bersifat sementara. Jika kita sudah membeli pada harga yang tinggi, sekiranya ada modal lagi kita beli lagi di waktu rendah...amalkan dollar cost averaging. Ini akan mengurangkan harga tinggi yang anda beli sebelum ini.

Kepada anda yang masih belum melabur dalam emas dan perak, anda adalah orang yang boleh dikatakan sebagai RUGI!selak surat khabar minggu lepas, cari berapakah peratusan inflasi dalam suku tahun pertama. Wang kertas anda akan dihakis oleh inflasi sekiranya anda tidak tukarkan dengan emas dan perak. Bak kata orang putih "when inflation occurs, gold prevails"....

Kepada yang nak mula menceburkan diri dalam pelaburan emas dan perak, masih belum terlambat untuk mula. Better be late than nothing. Hubungi saya jika anda berminat!!!

kredit to :
my sifu > Pokli

Friday, April 29, 2011

15XX US Dollar Per Oz....:)

Assalamualaikum semua....apa khabar semua? Harap semua peminat emas dan perak dan semua rakan-rakan sihat sejahtera....Harga emas sekarang adalah 1531 US Dollar Per Oz... Satu peningkatan yang amat memberansangkan...Bulan ini silver lebih popular daripada emas kerna minggu ini admin mendapat order 2kg silver...Waktu hamba Allah tu beli 1kg Silver adalah RM5981(25 April 2011) dan waktu sekarang(29 April 2011) harganya sudah pun mencapai RM6169......Alhamdullilah dan terima kasih pada yang mempercayai dan memberi peluang pada admin untuk meneruskan perniagaan beli emas ni...Pada yang belum cuba atau masih ragu-ragu dengan pelaburan emas, cubalah....atau cubalah membeli dirham atau dinar....Admin doakan semoga penggunaan dinar dan dirham akan lebih meluas lagi...Amin...





Sesiapa yang ingin membeli emas atau perak, bolehlah memhubungi admin di 0133420211 atau email di siswaemas@gmail.com ......Insyallah kita kongsi sama-sama tentang pelaburan emas dan perak ni....:)

Monday, April 25, 2011

Secebis Fakta Tentang Emas....(The Star 24 April 2011)

Assalamualaikum semua, terima kasih kerna sudi menjenguk blog admin....:) Semalam surat khabar The Star telah menceritakan tentang EMAS a.k.a GOLD...:) Rasanya minggu ini emas banyak mendaki... Bagi sesiapa yang membeli Silver pada bulan lepas.....rasa admin dah untung 100%....Tahniah pada semua:) 

Penerangan tentang pelaburan emas dan perak di Malaysia....:)

Fakta tentang EMAS...:)

Kenaikan harga emas....Simpanlah emas dan perak sebagai satu pelaburan....:)

Thursday, April 21, 2011

Emas Melebihi 1500 US Dollar Per Oz!!!

Assalamualaikum buat semua....syukur dan terima kasih kerna sudi membaca post yang tidak seberapa ni. Harga emas mulai meningkat dan ia telah melepasi 1500 US Dollar Per Oz. Semakin hari, semakin ramai yang menyedari kepentingan emas dan perak. Pendapat admin, bagi ingin yang mencuba, boleh mencuba membeli perak. Perak juga menunjukkan peningkatan yang ketara. Contohnya, pada 11 April baru-baru ini admin berpeluang membeli 80 keping 1 Dirham Kelantan (KGT) pada harga RM 26.40. Sekarang, pada 21 April, harga 1 Dirham Kelantan telah  meningkat pada RM 30.00. Contoh kedua, baru-baru ini admin telah mendapat order dari seorang hamba Allah, beliau membeli 250g emas pada 16 April pada harga RM 40802 dan sekarang harga 250g emas pada 21 April adalah RM 41233. Konklusinya....membeli emas adalah satu pelaburan jangka masa panjang yang baik.


Harga Dinar dan Dirham Kelantan
'

21 April 2011 10.11AM


Emas..
Perak...
Pada sesiapa yang ingin mendapatkan emas....bolehlah call atau SMS pada 013-3420211, dan email di siswaemas@gmail.com.

Saturday, April 16, 2011

Harga Emas Dan Perak Meningkat

Assalamualaikum semua....harga emas semakin meningkat walaupun permulaan agak menurun....tapi hari ini emas kembali meningkat, dan pada waktu admin menulis sekarang harga emas berada pada 1485 US Dollar Per Oz...Peningkatan yang amat tinggi....Keluar lagi berita tentang kenaikkan harga emas di surat khabar Kosmo semalam....Admin harap makin ramai yang akan menyimpan aset mereka dalam bentuk emas jongkong, dinar dan dirham bagi mengelakkan inflasi...:)

Dari Kosmo 14 April 2011

Allahamdullillah dan syukur pada siapa yang membeli pada harga yang emas rendah (walaupun pada masa itu harga emas tetap dikatakan mahal) Sekarang admin baru nak menjinakkan diri dengan Silver.....Ramai yang mengatakan Silver untung jika dibeli dan ianya ternyata benar:) Pertama kali mendapat order dari seorang pensyarah ingin membeli 1kg Silver....Pada waktu itu harga 1kg Silver adalah RM4877 (25/03/2011) dan sekarang, 16 April 2011....harga 1kg Silver  sudah mencecah RM5553. Peningkatan sebannyak RM676!!!! 

Harga semasa Public Gold pada 15/04/2011 10.55PM

Sesiapa yang ingin mendapatkan 1 Dirham Kelantan....Boleh menghubungi admin atau email pada siswaemas@gmail.com....:) Ikut harga semasa di World Islamic Mint-Malaysia.







Pada sesiapa yang belum atau tidak pernah membeli dinar atau dirham....Mulalah menyimpan dan menukarkan aset pada dinar dan dirham...1 Bulan 1 Dinar, atau 1 Bulan 1 Dirham...:) 

Sebarang pertanyaan, boleh call atau SMS pada 013-3420211, dan email di siswaemas@gmail.com.


Tuesday, March 22, 2011

Jualan Emas!!!!

Stok Jualan Emas Untuk Di Jual


Kepada yang berminat boleh call atau email: 

013-3420211 @ siswaemas@gmail.com

Harga mengikut Public Dinar (bagi dinar) dan Public Gold (bagi Jongkong 20gram) website... atau boleh juga tengok harga semasa di homepage blog ini....

Area Nilai, Putrajaya, Kuala Lumpur & Sungai Petani...:)

Kesan Keadaan Bergolak di Libya

Assalamualaikum semua...lama betul admin tak menulis.....cause sebab sibuk dengan kuliah di Universiti.... Emas sekarang berada dalam US Dollar per Oz dan dijangka akan meningkat lagi....kerana pergolakkan yang terbaru di Libya setelah selesai di Tunisia, Egypt....sekarang  serangan demi serangan tentera ke atas Libya diketuai kuasa-kuasa barat oleh Perancis, Britain dan Amerika Syarikat. Sekarang pengeluaran minyak dari 1.6 juta tonng berkurang kepada 500,000 sahaja di Libya. Kesan ini bakal mengakibatkan harga minyak dunia tidak stabil. Apabila komuditi minyak mentah meningkat secara tidak langsung ia akan meningkatkan lagi harga emas. Sekarang harga emas selesa di paras 1420-1430 US Dollar Per Oz.



Mempertahankan Tanah Tumpah Darah dari penjajah

Bersedia untuk berperang


Lihat sahaja minyak yang di eksport oleh Libya ke Negara berkuasa besar.



Boleh baca link dibawah untuk makluman lanjut :)






Dinar emas, dirham Perak :)


IPOH 26 Feb. - Perak akan melancarkan dinar emas serta dirham perak sebagai instrumen pelaburan dan simpanan pada Isnin ini.
Projek hasil kerjasama strategik GoldNet International Sdn. Bhd. dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) itu akan disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Dinar yang dikeluarkan Negeri Perak


Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan GoldNet, pembuatan dinar dan dirham berkualiti tinggi itu melibatkan sebuah syarikat tempatan berpangkalan di Kuala Kangsar iaitu Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd.
"Dinar dan dirham Perak direka secara unik. Jata negeri Perak ditempa di bahagian muka hadapan wang syiling tersebut sementara reka bentuk klasik dinar Islam yang pertama kali digunakan semasa zaman Khalifah Abdul Malik Marwan pula dicetak di bahagian belakang.
"Dinar Perak merupakan wang syiling seberat 4.25 gram 24K emas sementara dirham pula adalah seberat 3 gram 99.9 syiling perak," kata kenyataan tersebut.

Dinar dan Dirham Negeri Perak
 
Dalam pada itu, menurut kenyataan itu juga, GoldNet telah melantik pengedar tempatan iaitu Nubex Sdn. Bhd. yang akan membeli dan menjual dinar serta dirham Perak ke seluruh Malaysia termasuk luar negara.
Menurutnya lagi, Nubex juga sedang dalam perbincangan dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk mengedarkan syiling tersebut kepada pelbagai rangkaian cawangan yayasan tersebut.

Dipetik dari Utusan Online

Monday, January 31, 2011

Stock Collection Notice & Ordering Suspension During CNY

Stock Collection Notice (Feb 2011)

Customers are advised to call our branches for stock reservation and collection based on the schedule below:
 
Gold Product

Purchase Order Dated

Stock Collection Period

1st Feb – 6th Feb 2011
10th Feb – 12th Feb 2011
7th Feb – 13th Feb 2011
21st Feb – 26th Feb 2011
14th Feb – 20th Feb 2011
28th Feb – 5th Mar 2011
21st Feb – 28th Feb 2011
7th Mar – 12th Mar 2011

Silver Product

Purchase Order Dated

Stock Collection Period

1st Feb – 6th Feb 2011
10th Feb – 12th Feb 2011
7th Feb – 13th Feb 2011
21st Feb – 26th Feb 2011
14th Feb – 20th Feb 2011
28th Feb – 5th Mar 2011
21st Feb – 28th Feb 2011
7th Mar – 12th Mar 2011

Note :
i) Customers MUST call our branch for stock reservation before any collection.
ii) Due to the security reason, Stock Collection only allowed during office hours, all collection after 7pm will not be entertained.
iii) To make the process faster and smoother, customers are encouraged to make full payment through bank before stock collection.
iv) Original bank-in slip MUST be provided upon stock collection.
v) New Dealers are advised to get familiar with the stock collection method and don’t hesitate to seek for the assistance from their Master Dealer if they have any doubt.




Ordering Suspension during Chinese New Year

Due to the production shut down on 2nd Feb to 6th Feb 2011 for the celebration of Chinese New Year, we will suspend the products below from ordering effective from 2nd Feb to 6th Feb 2011, dealers and customers will not be able to make any order during this period. However, the products that not listed below will not be affected, dealers and customers can make order as usual.

Products to be suspended from ordering
1) Public Gold Bullion Bar 20g (Au 999.9)
2) Public Gold Bullion Bar 50g (Au 999.9)
3) Public Gold Bullion Bar 100g (Au 999.9)
4) Public Gold Coin 50g (Au 999.9)
5) Public Gold 1 Dinar 4.25g (Au 916)
6) Public Gold 5 Dinar 21.25g (Au 916)
7) Public Gold 10 Dinar 42.5g (Au 916)

Saturday, January 29, 2011

Emas Melompat ??? Kenapa???

Gold jumps as Egypt fears drive rush to safety 

 

 

January 29, 2011 - 9:19AM

Gold surged 2 per cent, gaining as much as $US40 an ounce in a knee-jerk rally as fears that unrest in Egypt would spread across the Middle East prompted safe-haven buying.

"Confusion breeds contempt for all investments other than gold. Clearly, money is flowing to gold as the ultimate safe haven ... because nobody knows how this situation is going to resolve itself," said Dennis Gartman, publisher of the Gartman Letter, a daily investment commentary.

Investors often turn to gold as an insurance at the expense of paper currencies during political and economic uncertainty.

Gartman said he did not expect Egypt's unrest to be over anytime soon, and that gold could further benefit from chaos possibly spreading to other countries in the region.
Spot gold rose 2 per cent to $US1338.39 an ounce, the largest one-day gain in nearly two months.
US gold futures for February delivery settled up $US22.30 at $US1340.70 an ounce.
Spot silver rose 3.5 per cent to $US27.82 an ounce.

kredit to SMH.com

Ini adalah salah satu penyebab antara harga emas melompat semalam...Apabila berlaku pergolakkan politik atau ekonomi yang tidak menentu....Orang ramai akan akan membeli emas...
Bagi yang berminat nak mendapatkan 20gram (Ready Stock) di area Nilai,Salak Tinggi... boleh Call atau SMS 013-3420211...