Saturday, December 11, 2010

Emas Lagi.....???

Assalamualaikum...dah lama rasa tak tulis blog cause baru lepas final exam...dalam pada sibuk final...sempat juga pergi ke Seminar di Kelana Jaya...Alhamdullillah...sedikit sebanyak dapat bertambah ilmu di dada ni... Andai ada orang yang baru untuk mengenali perniagaan emas, emas adalah satu anugerah perhiasan tuhan yang amat bernilai di bumi Allah ini. Nilainya semakin meningkat seiring dengan kejatuhan nilai U.S Dollar. Sejarah kenaikan harga emas selama 10 tahun adalah buktinya.
 
Peningkatan Harga Emas Tahun 2000-2010

Graf U.S Dollar melawan Emas
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada Seminar Emas.... adalah setiap orang perlu menyimpan emas bagi menjamin kewangan yang lebih stabil. Bagaimana membuat pelaburan emas? Pertama sekali, emas merupakan pelaburan terbaik jangkamasa sederhana dan panjang. Ini kerana harganya semakin meningkat setiap tahun. Emas Public Gold adalah salah satu emas yang mudah dan terbaik untuk dibuat pelaburan. Ini kerana, harga kenaikan setiap 20 minit, mudah nak lock, dan mempunyai pelbagai pilihan emas. Emas Public Gold juga diterima di Agro Bank untuk dipajak gadai (Ar-Rahnu). Jika anda beli emas untung.....Simpan emas untung....Jual??? Lagi untung.... :)

Pengalaman saya pertama kali membeli emas (1 Dinar Public Gold) di Kuala Lumpur dengan harga RM590 pada bulan 9. Tanpa saya sedar dengan kesibukkan kuliah di universiti harga emas telah meningkat dengan cepat. Dan sekarang, harga emas 1 Dinar Public Gold adalah RM653. Harganya emas menurun dan menaik..Tapi kalau kita ambil daripada satu pandangan jauh...harganya meningkat setiap tahun.... MENGUNTUNGKAN. Kemudian saya membeli 20gram Bar Public Gold pada harga RM3119 pada bulan 11 dan sekarang harganya RM3159. Banyak pakar ekonomi meramal matawang kertas akan REBAH. Di Malaysia sekalipun berlaku lebih kurang 4% inflasi....kerna kenaikkan harga barang. Paling menakjubkan harga kenaikan emas dapat disamakan dengan harga kenaikan barang.

1 Dinar Public Gold

20 gram Bar Public Gold

 Adakah wujud inflasi dalam sistem kewangan matawang Islam ini? Jawapannya TIDAK!!! Emas selama 1400 tahun masih sama.... 1 dinar pada zaman Rasulullah dapat membeli seekor kambing dan 1 dirham (perak) dapat membeli seekor ayam...dan pada masa sekarang? Masih sama....hebatnya hiasan ciptaan Allah S.W.T.......Saya berharap semua orang sedar akan kepentingan emas...dinar....dan juga perak.... Bersama menyokong matawang Islam sebenar....

No comments:

Post a Comment